Rabu, 19 November 2008

Penghuni Baru

Kandang kami telah menerima penghuni baru yang terdiri dari baka Boer. Semoga ia selesa berada di tempat baru dan dapat menambah generasi dengan lebih produktif.

Selasa, 4 November 2008

Jangan Terperangkap Dengan Penipuan

Baru-baru ini saya terkejut dengan panggilan dari jabatan veterinar menyatakan wujudnya satu penipuan dengan menggunakan nama Pegawai Veterinar daerah Barat Daya . Dengan apa yang saya tuliskan disini, semoga penternak diseluruh Malaysia berhati-hati dengan tipu helah orang yang tak bertanggungjawab tersebut.

Penipu tersebut telah menghubungi penternak dengan menyamar sebagai Pegawai berkenaan untuk meminta pertolongan dari penternak dengan memasukkan sejumlah wang kedalam akaun dengan alasan dia dalam kesusahan atau kecemasan dan memerlukan wang. Macam-macam cara digunakan oleh si Penipu untuk mendapatkan nombor telefon. Antaranya dengan iklan dari penternak sendiri atau dari Pegawai Veterinar dengan alasan tersendiri.

Diceritakan, penipuan ini juga berlaku pada jabatan-jabatan lain. Oleh itu, kita sentiasalah berwaspada dengan helah ini. Dan cubalah dapatkan pengesahan dari sumber yang sepatutnya.

Ahad, 24 Ogos 2008

Kamera Oh Kamera

Rasanya agak lama jugak kami tidak mengemaskini blog ini. Ini disebabkan oleh kehilangan Video kamera dan Kamera digital semasa kami mengunjungi MAHA 2008. Semua gambar semasa Karnival dan MAHA 2008 sudah tiada dalam simpanan kami. Ini termasuklah gambar kami bersama-sama Menteri Pertanian dan Asas Tani. Bag tersebut kami simpan dalam bonet kereta semasa solat Jumaat di Masjid UNITEN. Kami sempat menghubungi Honda service centre kerana Alarm System dan lampu tidak berfungsi. Katanya, mereka menggunakan 'special tool'. Alangkah berharganya gambar-gambar tersebut untuk kami...Moga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada mereka yang melakukan kerja sebegini.

Selasa, 22 Julai 2008

Karnival Penternak Dan Petani Pulau Pinang 2008

Tentatif Program

08.00 am – 08.30 am
Pendaftaran peserta kursus
Persiapan gerai jualan

08.30 am – 10.30 am
Kursus1 – Pemakanan & penjagaan kesihatan ternakan
Dr. Ariff

10.30 am – 11.00 am
Minum pagi (peserta kursus sahaja)
Jualan dan pameran hasil ladang

11.00 am – 01.00 pm
Kursus2 –& Symtoms penyakit & pengubatan ternakan
Dr.K.Manikam KM Vet Pharm Sdn Bhd

01.00 pm – 2.30 pm
Makan tengahari (peserta kursus sahaja)
Ketibaan Y.B. EXCO, Dif Kehormat & ketua Jabatan

03.00 pm – 04.30 pm
Majlis dialog awam

05.00 pm – 06.00 pm
Majlis Perasmian dan penutupan program

* Peserta kursus adalah PERCUMA. Sijil terhad kepada 100 peserta pertama sahaja.
** Tapak gerai jualan juga dibuka dengan harga RM20.00 setiap tapak.

Sesiapa yang berminat menyertai kursus atau menempah tapak gerai jualan, sila bank-in bayaran yang dinyatakan di atas ke akaun
CIMB Islamic 07340000014109.
Kemudia hantar no slip cash deposit, nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke e-mail
damc_plantation@yahoo.com
atau SMS ke 013-408 5203(azmir) atau 019-410 0126(azwani).

Khamis, 17 Julai 2008

Pengumuman. Karnival Ternakan Dan Pertanian


Karnival ternakan dan pertanian yang dirancang sudahpun mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Setelah mesyuarat dilakukan dengan pihak terbabit, tarikh karnival telah ditetapkan pada 3 Ogos 2008. Ramai yang dijemput, antaranya Exco kerajaan negeri, Pengarah Veterinar dan lain-lain dari pelbagai jabatan. Antara agenda yang dirancang pada hari tersebut ialah kehadiran wakil dari jabatan kerajaan yang terbabit dalam bidang ternakan dan pertanian dalam membincangkan hal yang boleh memberi manfaat kepada penternak dan petani. Turut dijemput ialah syarikat yang terlibat didalam bidang ternakan dan pertanian seperti syarikat yang mengeluarkan ubatan, makanan, baja dan lain-lain. Kursus ringkas seperti penjagaan ternakan dan proses membuat silaj juga akan diadakan. Gerai dan jualan akan dibuka pada hari tersebut. Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi kami. Semua penternak, petani dan yang berminat untuk menjadi usahawan, dijemput ke karnival tersebut.
Lawatan dari Jabatan Veterinar ke kandang kami, antaranya ialah Dr Anun binti Man.

Jumaat, 11 Julai 2008

Baja Organik ( Bio Organic Fertilizer)



Sesuai untuk semua tanaman.
Pokok bunga dan lanskap, sayur, buah-buahan, kelapa sawit, getah, padi dan kolam ikan serta udang.

Kebaikan
Tidak berbau, meningkatkan mikro organisma tanah, membaiki ph dan struktur tanah, mengurangkan risiko serangan hama, penyakit dan kulat, berfungsi sebagai "growth stimulant and soil conditioner, mengurangkan kos pertanian dan mesra alam.

Cara pengunaan
Pokok bunga : 25-50 gm setiap 2 minggu.
sayur-sayuran : 2.0 2.5 tan/ha
Kelapa sawit, getah dan tanaman bermusim : 2.5 - 5.0 kg/pokok 2 kali setahun.
Padi : 1.5 - 2.0 tan/ha.

Kandungan Bahan:
N = 1.44%
P2O5 = 2.37%
K2O = 3.03%
Mg = 1.58%
C/N = 18.50%
C.Organik = 26.64%
Bahan Organik = 45.93%
Cation Exchange Capacity = 76.29%
Mn = 1.56 ppm
Cu = 0.17 ppm
zn = 2.57 ppm
Co = 0.51 ppm
Fe = 27.51 ppm
A1 = Nill
Pb = Nill

Sabtu, 5 Julai 2008

Karnival ternakan dan pertanian


DAMC plantation dalam perancangan untuk mengadakan karnival ternakan dan pertanian pada bulan Ogos ini. Kemungkinan tarikh karnival diadakan adalah 03/08 atau 10/08. Sekarang perangcangan aturcara hari program sedang disediakan. Semua jabatan yang berkaitan dengan penternakan dan pertanian akan dijemput untuk memberi taklimat. Selain itu, kursus pendek juga diadakan seperti membuat silaj, baja dan pejagaan ternakan. Secara detail aturcara hari tersebut akan diumumkan tidak lama lagi. Kami menjemput semua pembaca hadir untuk sama-sama memberi sokongan dan menerima input dari agensi yang terlibat. Lawatan Abdul Halim Hussain, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang membuat tinjauan ke tapak karnival yang bakal diadakan.

Ahad, 29 Jun 2008

Seronoknya meragut rumput









Antara koleksi gambar kambing yang kami ambil semasa sedang meragut rumput dikawasan kandang.

Masa Berlalu


Setelah 6 bulan beroperasi, banyak yang telah berubah. Rumput napier fasa pertama yang ditanam mula memberi hasil. Pagar sudah dibina bagi memudahkan kambing dikawal semasa meragut. Anak-anak kambing mula membesar dan ada yang telah dijual kepada penternak baru. kadang-kadang rasa sayang jugak nak jual kambing-kambing ni.Yang paling seronok, lepak bersama kambing. Hilang penat dan tension bekerja. Semoga suatu masa nanti, kami dapat bekerja sepenuh masa memberi tumpuan kepada kambing.

Jumaat, 4 Januari 2008

Koleksi Jamnapari dan saanen kami








Khamis, 3 Januari 2008

Produk



Produk kami adalah ternakan,susu segar, baja bioorganik dan input berasaskan pertanian.. Lain-lain produk dalam perancangan kami adalah penternakan ikan keli. Ikan keli dijangkakan berada dalam pasaran tahun depan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami dialamat email damc_plantation@yahoo.com
Atau H/P : Azmir 013 4085203, Alwi 016 4532544, Ahmad Azwani 019 4100126.

Rabu, 3 Oktober 2007

Permulaan Operasi
Pengenalan
Perniagaan ini mula beroperasi di Balik Pulau, Pulau Pinang. Bermula dengan keluasan 2.5 ekar sahaja .Dengan menumpukan pada perternakan kambing untuk tujuan hasil tenusu dan daging. Ladang yang dimiliki oleh bumiputera juga menumpukan pada penghasilan produk "HALAL" demi kesejahteraan umat Islam. Selain itu kami berusaha menambah baik lagi perkhimatan kami untuk keselesaan pelangan kami. Wawasan syarikat kami ingin mengembangkan perniagaan kami ke satu taraf perniagaan halal yang dapat bersaing kearah menjadi pembekal bahan tenusu dan hasil daging yang terbesar di sekitar Utara khasnya dan di Malaysia pada amnya. MISI kami adalah untuk meningkatkan hasil dari ladang kami disamping itu dapat memenuhi permintaan pasaran yang sedia ada.Disamping itu membaiki kualiti produk dan perkhimatan demi kepuasan pelangan. Usaha kini giat dijalankan oleh kakitangan pengurusan bagi memenuhi sasaran syarikat.Kerja pembesaran ladang kini sedang giat dilaksanakan.

Khamis, 27 September 2007

DAMC Plantation Sdn Bhd

DAMC Plantation sdn sdn adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 24 sept 2007 yang menceburi bidang penternakan. Syarikat ini terdiri daripada 4 orang ahli lembaga pengarah iaitu Alwi, Azwani, Azmir dan Razi. DAMC Plantation sdn bhd menjalankan operasi penternakan kambing tenusu dan pedaging, memproses dan memasarkan hasil tenusu dan daging, serta lain lain perkhidmatan yang berkaitan dengan penternakan dan pemprosesan hasil ternakan. Pada masa hadapan kami bercadang untuk menternak ikan keli dan lembu sebagai pendapatan sampingan.

Free Blog Counter
Poker Blog