Selasa, 22 Julai 2008

Karnival Penternak Dan Petani Pulau Pinang 2008

Tentatif Program

08.00 am – 08.30 am
Pendaftaran peserta kursus
Persiapan gerai jualan

08.30 am – 10.30 am
Kursus1 – Pemakanan & penjagaan kesihatan ternakan
Dr. Ariff

10.30 am – 11.00 am
Minum pagi (peserta kursus sahaja)
Jualan dan pameran hasil ladang

11.00 am – 01.00 pm
Kursus2 –& Symtoms penyakit & pengubatan ternakan
Dr.K.Manikam KM Vet Pharm Sdn Bhd

01.00 pm – 2.30 pm
Makan tengahari (peserta kursus sahaja)
Ketibaan Y.B. EXCO, Dif Kehormat & ketua Jabatan

03.00 pm – 04.30 pm
Majlis dialog awam

05.00 pm – 06.00 pm
Majlis Perasmian dan penutupan program

* Peserta kursus adalah PERCUMA. Sijil terhad kepada 100 peserta pertama sahaja.
** Tapak gerai jualan juga dibuka dengan harga RM20.00 setiap tapak.

Sesiapa yang berminat menyertai kursus atau menempah tapak gerai jualan, sila bank-in bayaran yang dinyatakan di atas ke akaun
CIMB Islamic 07340000014109.
Kemudia hantar no slip cash deposit, nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke e-mail
damc_plantation@yahoo.com
atau SMS ke 013-408 5203(azmir) atau 019-410 0126(azwani).

Khamis, 17 Julai 2008

Pengumuman. Karnival Ternakan Dan Pertanian


Karnival ternakan dan pertanian yang dirancang sudahpun mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Setelah mesyuarat dilakukan dengan pihak terbabit, tarikh karnival telah ditetapkan pada 3 Ogos 2008. Ramai yang dijemput, antaranya Exco kerajaan negeri, Pengarah Veterinar dan lain-lain dari pelbagai jabatan. Antara agenda yang dirancang pada hari tersebut ialah kehadiran wakil dari jabatan kerajaan yang terbabit dalam bidang ternakan dan pertanian dalam membincangkan hal yang boleh memberi manfaat kepada penternak dan petani. Turut dijemput ialah syarikat yang terlibat didalam bidang ternakan dan pertanian seperti syarikat yang mengeluarkan ubatan, makanan, baja dan lain-lain. Kursus ringkas seperti penjagaan ternakan dan proses membuat silaj juga akan diadakan. Gerai dan jualan akan dibuka pada hari tersebut. Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi kami. Semua penternak, petani dan yang berminat untuk menjadi usahawan, dijemput ke karnival tersebut.
Lawatan dari Jabatan Veterinar ke kandang kami, antaranya ialah Dr Anun binti Man.

Jumaat, 11 Julai 2008

Baja Organik ( Bio Organic Fertilizer)



Sesuai untuk semua tanaman.
Pokok bunga dan lanskap, sayur, buah-buahan, kelapa sawit, getah, padi dan kolam ikan serta udang.

Kebaikan
Tidak berbau, meningkatkan mikro organisma tanah, membaiki ph dan struktur tanah, mengurangkan risiko serangan hama, penyakit dan kulat, berfungsi sebagai "growth stimulant and soil conditioner, mengurangkan kos pertanian dan mesra alam.

Cara pengunaan
Pokok bunga : 25-50 gm setiap 2 minggu.
sayur-sayuran : 2.0 2.5 tan/ha
Kelapa sawit, getah dan tanaman bermusim : 2.5 - 5.0 kg/pokok 2 kali setahun.
Padi : 1.5 - 2.0 tan/ha.

Kandungan Bahan:
N = 1.44%
P2O5 = 2.37%
K2O = 3.03%
Mg = 1.58%
C/N = 18.50%
C.Organik = 26.64%
Bahan Organik = 45.93%
Cation Exchange Capacity = 76.29%
Mn = 1.56 ppm
Cu = 0.17 ppm
zn = 2.57 ppm
Co = 0.51 ppm
Fe = 27.51 ppm
A1 = Nill
Pb = Nill

Sabtu, 5 Julai 2008

Karnival ternakan dan pertanian


DAMC plantation dalam perancangan untuk mengadakan karnival ternakan dan pertanian pada bulan Ogos ini. Kemungkinan tarikh karnival diadakan adalah 03/08 atau 10/08. Sekarang perangcangan aturcara hari program sedang disediakan. Semua jabatan yang berkaitan dengan penternakan dan pertanian akan dijemput untuk memberi taklimat. Selain itu, kursus pendek juga diadakan seperti membuat silaj, baja dan pejagaan ternakan. Secara detail aturcara hari tersebut akan diumumkan tidak lama lagi. Kami menjemput semua pembaca hadir untuk sama-sama memberi sokongan dan menerima input dari agensi yang terlibat. Lawatan Abdul Halim Hussain, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang membuat tinjauan ke tapak karnival yang bakal diadakan.

Free Blog Counter
Poker Blog