Khamis, 17 Julai 2008

Pengumuman. Karnival Ternakan Dan Pertanian


Karnival ternakan dan pertanian yang dirancang sudahpun mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Setelah mesyuarat dilakukan dengan pihak terbabit, tarikh karnival telah ditetapkan pada 3 Ogos 2008. Ramai yang dijemput, antaranya Exco kerajaan negeri, Pengarah Veterinar dan lain-lain dari pelbagai jabatan. Antara agenda yang dirancang pada hari tersebut ialah kehadiran wakil dari jabatan kerajaan yang terbabit dalam bidang ternakan dan pertanian dalam membincangkan hal yang boleh memberi manfaat kepada penternak dan petani. Turut dijemput ialah syarikat yang terlibat didalam bidang ternakan dan pertanian seperti syarikat yang mengeluarkan ubatan, makanan, baja dan lain-lain. Kursus ringkas seperti penjagaan ternakan dan proses membuat silaj juga akan diadakan. Gerai dan jualan akan dibuka pada hari tersebut. Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi kami. Semua penternak, petani dan yang berminat untuk menjadi usahawan, dijemput ke karnival tersebut.
Lawatan dari Jabatan Veterinar ke kandang kami, antaranya ialah Dr Anun binti Man.

Tiada ulasan:


Free Blog Counter
Poker Blog