Ahad, 24 Ogos 2008

Kamera Oh Kamera

Rasanya agak lama jugak kami tidak mengemaskini blog ini. Ini disebabkan oleh kehilangan Video kamera dan Kamera digital semasa kami mengunjungi MAHA 2008. Semua gambar semasa Karnival dan MAHA 2008 sudah tiada dalam simpanan kami. Ini termasuklah gambar kami bersama-sama Menteri Pertanian dan Asas Tani. Bag tersebut kami simpan dalam bonet kereta semasa solat Jumaat di Masjid UNITEN. Kami sempat menghubungi Honda service centre kerana Alarm System dan lampu tidak berfungsi. Katanya, mereka menggunakan 'special tool'. Alangkah berharganya gambar-gambar tersebut untuk kami...Moga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada mereka yang melakukan kerja sebegini.

Free Blog Counter
Poker Blog