Selasa, 4 November 2008

Jangan Terperangkap Dengan Penipuan

Baru-baru ini saya terkejut dengan panggilan dari jabatan veterinar menyatakan wujudnya satu penipuan dengan menggunakan nama Pegawai Veterinar daerah Barat Daya . Dengan apa yang saya tuliskan disini, semoga penternak diseluruh Malaysia berhati-hati dengan tipu helah orang yang tak bertanggungjawab tersebut.

Penipu tersebut telah menghubungi penternak dengan menyamar sebagai Pegawai berkenaan untuk meminta pertolongan dari penternak dengan memasukkan sejumlah wang kedalam akaun dengan alasan dia dalam kesusahan atau kecemasan dan memerlukan wang. Macam-macam cara digunakan oleh si Penipu untuk mendapatkan nombor telefon. Antaranya dengan iklan dari penternak sendiri atau dari Pegawai Veterinar dengan alasan tersendiri.

Diceritakan, penipuan ini juga berlaku pada jabatan-jabatan lain. Oleh itu, kita sentiasalah berwaspada dengan helah ini. Dan cubalah dapatkan pengesahan dari sumber yang sepatutnya.

Tiada ulasan:


Free Blog Counter
Poker Blog